TEXT LINK

No. 443 : Mengalami Allah - Sebagai Hayat (Witness Lee)




Lirik:

1. O, mulia! O, ilahi! Allah, hayat yang kekal!
    Kaya, limpah, kuat, kuasa, kudus, rahmat pun terang!
    Kodrat dan kelimpahan-Nya pada hayat ini s'mua.

2. Penuh cinta! Penuh kurnia! Allah sebagai hayat!
    Agar masuk dalam insan, roh insan Dia ciptakan.
    Terima Dia jadi hayat, itulah perkenan-Nya.

3. Kasih, kurnia, besar amat! Allah menjadi hayat!
    Tidak lagi tersembunyi, t'radap insan ternyata;
    Inkarnasi, menjadi Roh, Sang Hayat diterima.

4. Sungguh dekat! Sungguh akrab! Dalam Kristus Dia hayat!
    Kristus itu jelmaan-Nya, dalam bentuk manusia;
    Mati, bangkit, dipercaya, jadi hayat manusia.

5. Sungguh ajaib! Sungguh benar! Di dalam Roh Dia hayat!
    Roh Kudus pun jelmaan-Nya, dalam Roh Dia ternyata;
    Masuk dalam kaum beriman, hayat batinlah Dia.

6. Sungguh riil dan mustika! Tritunggal itu hayat!
    Putra 'ngalir dari Bapa, Roh 'ngalir dari Putra;
    Roh masuk itu kurnia, pun hayat batiniah.

7. O, misteri! Amat riil! Air hayat t'lah mengalir!
    Ngalir masuk ke dalamku, jadi hayat di rohku!
    Haleluya, puji syukur, Allah jadi hayatku!

Lead Sheets:Guitar · Piano
Category:Experience of God
Subcategory:As Life
Music:Joachim Neander (1650-1680)
Time: 4/4
Key: B Major
Meter: 8.7.8.7.8.7.
Hymn Code:1231345517653221

No comments:

Post a Comment